mutakhir

Digalakkan memakai 'double mask'

Oleh Amir Abd Hamid

Kuala Lumpur: Orang ramai digalakkan memakai pelitup muka tambahan selapis lagi untuk lebih meminimumkan risiko dijangkiti Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, amalan itu digalakkan berdasarkan eksperimen yang sudah dilaksanakan Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS).

Hasil eksperimen itu, katanya, memperkemaskan pemakaian pelitup muka perubatan menggunakan pelitup muka kain di lapisan kedua mengurangkan lagi risiko pemakai kepada pendedahan virus.

"Eksperimen itu memberikan penekanan tentang pentingnya kekemasan pemakaian pelitup muka dalam meningkatkan keupayaan fungsinya.

"Dalam ujian makmal CDC itu, pendedahan kepada aerosol yang berpotensi menular, boleh menurun sekitar 95 peratus apabila subjek memakai pelitup muka yang dipasang dengan ketat.

"Jika saya ke hospital 'double mask' membantu dan petugas kesihatan juga memakai pelindung muka. Amalan ini adalah digalakkan," katanya.

Gambar beliau memakai 'double mask' tular dan menjadi perbualan di media sosial oleh warganet.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 20, 2021 @ 1:30pm
    d