mutakhir

Insiden LRT: Segera siasat punca kemalangan - PM [METROTV]

Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Nurul Hidayah Bahauddin

Kuala Lumpur: Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Pengangkutan dan Prasarana Malaysia Berhad melakukan siasatan penuh untuk mengenalpasti punca kemalangan membabitkan sebuah tren Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran stesen Kampung Baru.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keutamaan ketika ini harus diberikan kepada mangsa kemalangan.

"Saya mengarahkan semua pihak memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan mangsa mendapat rawatan yang menyeluruh memandangkan kita juga berada dalam gelombang pandemik Covid-19 yang sedang meningkat naik.

"Saya difahamkan petugas keselamatan dan kecemasan sedang berada di tempat kejadian.

"Semoga kerja penyelamatan dipermudah dan penumpang terbabit selamat, manakala mereka yang cedera diberikan rawatan segera," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memandang serius kemalangan itu dan mahu siasatan penuh punca kemalangan dikenalpasti dan tindakan yang tegas harus diambil dengan segera.

Disiarkan pada: May 24, 2021 @ 11:25pm
d