mutakhir

Pastikan rawatan menyeluruh untuk mangsa [METROTV]

Oleh Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Kerajaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan semua mangsa kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran stesen Kampung Baru malam tadi diberi rawatan menyeluruh.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, beliau sudah berhubung dengan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong untuk tindakan susulan untuk mengenal pasti punca kejadian.

Katanya, beliau juga sudah mengarahkan Syarikat Prasarana Nasional Berhad, sebuah syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan, untuk segera menyiasat insiden itu dan mengemukakan laporan terperinci mengenai punca kejadian dan langkah yang perlu diambil untuk memastikan agar ia tidak berulang pada masa hadapan.

"Terima kasih kepada pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus dalam kerja-kerja membantu dan menyelamatkan mangsa kemalangan ini.

"Saya doakan agar mereka semua akan segera pulih," katanya dalam hantaran menerusi Facebook.

Dalam kejadian 8.33 malam semalam, seramai 47 penumpang cedera parah, manakala 166 mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan itu.

Berita berkaitan

Insiden LRT: 'Anak menangis beritahu tidak dapat rasa kaki yang cedera'

Insiden LRT: Terowong sempit sukarkan pasukan penyelamat

Insiden LRT: Kemalangan akibat pertembungan 2 tren

Insiden LRT: 'Penumpang terpelanting, jatuh'

Insiden LRT: Segera siasat punca kemalangan - PM

Insiden LRT: 47 parah, 166 cedera ringan

Penumpang cedera, tren LRT berhenti mengejut [METROTV]

Disiarkan pada: May 25, 2021 @ 7:50am
d