mutakhir

Tidak ada kes varian India dikesan di Johor

Oleh BERNAMA

Johor Bahru: Tiada kes COVID-19 membabitkan varian India dikesan di Johor setakat ini, kata Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Aman Rabu.

Beliau mengulas demikian susulan sebuah video berdurasi 32 saat yang tular sejak semalam yang menunjukkan beberapa petugas kesihatan sedang berusaha menguruskan seorang individu yang terbaring di tepi jalan, dipercayai berlaku di kawasan perindustrian Senai dekat sini.

"Siasatan video itu mendapati pesakit berkenaan tiada kaitan langsung dengan kes Covid-19," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 25, 2021 @ 10:03am
    d