mutakhir

Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Rawang: Penunggang motosikal maut akibat dihempap pokok tumbang dalam kejadian berhampiran sebuah stesen minyak Templer Suasana, Jalan Rawang di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 7.44 malam.

Menurutnya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dengan kekuatan seorang pegawai dan lapan anggota.

"Siasatan awal mendapati sebatang pokok tumbang menghempap seorang penunggang motosikal dan melintangi jalan.

"Mangsa iaitu lelaki berusia 24 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Disiarkan pada: May 26, 2021 @ 11:22pm
d