mutakhir

Seorang maut kemalangan di AKLEH

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Seorang lelaki maut manakala beberapa lagi cedera dalam kemalangan di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) menghala Ampang di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk kenderaan peronda lebuh raya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dilakukan.

"Ada seorang mangsa maut. Pegawai penyiasat sedang menjalankan siasatan," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa gambar dan video yang menunjukkan kejadian kemalangan itu dengan mangsa yang cedera sedang dibantu orang ramai.

Disiarkan pada: May 27, 2021 @ 7:33pm
d