mutakhir

R&R Ajil dibuka kepada pengguna lebuhraya LPT2

Oleh Amir Abd Hamid

Kuala Lumpur: Kawasan rehat dan rawat (R&R) Ajil, Terengganu di kedua-dua arah sudah dibuka dan beroperasi seperti biasa mulai semalam.

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 Sdn Bhd menerusi kenyataan di Facebooknya berkata, R&R itu sebelum ini ditutup sementara untuk kerja sanitasi dan pembersihan rapi.

"Untuk makluman semua pelangggan, sila rancang perjalanan, berhati-hati ketika memandu dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. "Sama-sama kita berganding bahu untuk melandaikan lengkuk wabak ini (Covid-19)," katanya.

Menurutnya, LPT2 mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama yang diberikan pelanggan lebuh raya terbabit.

Disiarkan pada: May 30, 2021 @ 1:42pm
d