mutakhir

6 dikompaun RM20,000 makan di kedai

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Enam individu termasuk pemilik premis makanan di tingkat enam sebuah kompleks perniagaan terkenal di ibu negara dikompaun RM20,000 hari ini, kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, dalam pemeriksaan jam 12.45 tengah hari itu, kompaun berjumlah RM10,000 dikenakan terhadap pemilik premis, manakala kompaun RM2,000 kepada lima pelanggan setiap seorang.

"Pemeriksaan polis mendapati pelanggan terbabit sedang menjamu selera di premis berkenaan sekali gus melanggar SOP PKP iaitu makan di kedai atau 'dine-in'.

"Kita akan terus menjalankan pemeriksaan seperti itu dari semasa ke semasa serta tindakan tegas akan diambil ke atas orang ramai gagal mematuhi SOP PKP.

"Ia bagi memastikan usaha memutuskan rantaian wabak Covid-19 berjaya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Peraturan 16 PU (A) 243/2021 PKP.

Disiarkan pada: June 2, 2021 @ 10:14pm
d