mutakhir

30 kluster baharu, 10 daripadanya sektor perkilangan

Oleh Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Kluster tempat kerja, komuniti dan pendidikan antara 30 kluster baharu Covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 18 kluster adalah daripada kategori kluster tempat kerja dengan 10 daripadanya membabitkan sektor perkilangan.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, tujuh kluster lagi membabitkan komuniti di Sabah, Kelantan dan Pahang.

Selain itu, terdapat satu kluster pendidikan membabitkan sebuah institusi pengajian tinggi di Behrang, Perak.

"KKM menasihatkan majikan untuk sentiasa memastikan kepatuhan sepenuhnya terhadap posedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), KKM dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) agar dapat mengimbangi kelangsungan operasi perkilangan di samping membendung penularan Covid-19," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: June 6, 2021 @ 8:12pm
    d