mutakhir

Konkrit lebuh raya dalam pembinaan runtuh, 2 pekerja cedera

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Petaling Jaya: Konkrit lebuh raya dalam pembinaan setinggi 12 meter di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) Sungai Buloh-Kota Damansara runtuh menyebabkan dua pekerja warga Bangladesh cedera ringan hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan jam 7.14 malam tadi dan tiba di lokasi kejadian 13 minit kemudian.

Menurutnya, seramai sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kejadian membabitkan runtuhan konkrit lebuh raya dalam pembinaan di mana dua pekerja warga Bangladesh berusia 20-an dan 40-an megalami cedera ringan.

"Ketika kejadian mereka sedang melakukan kerja di bawah terkena serpihan konkrit," katanya dalam kenyataan malam ini.

Norazam berkata, mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan dan operasi tamat jam 7.34 malam.

Disiarkan pada: June 19, 2021 @ 8:48pm
d