mutakhir

Siasatan lengkap, pemandu lori dibebaskan dengan jaminan polis

Oleh BERNAMA

Ipoh: Polis sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung kemalangan ngeri yang menyebabkan seorang pemandu wanita maut di Jalan Chemor-Jelapang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata sehubungan itu, pemandu lori yang terbabit dalam nahas itu dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

"Polis telah selesai mengambil keterangan lelaki berusia 44 tahun itu dan kertas siasatan sudah dilengkapkan, katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira 10.30 pagi berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Jelapang itu, Noor Aishah Mohd Tahir, 26, yang berseorangan, maut di tempat kejadian selepas kereta dipandunya dirempuh sebelum terperosok di bawah lori yang terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.

Berita berkaitan:

  • 'Adik sempat ajar murid baca al-Quran' [METROTV]
  • [UPDATE] Pemandu lori rempuh kereta ditahan
  • Lebih 4 jam keluarkan mayat
  • Disiarkan pada: June 20, 2021 @ 10:51pm
    d