mutakhir

Polis siasat lelaki gelang 'pink' isi minyak kereta

Oleh Roselan Ab Malek

Bentong: Polis Bentong menyiasat kes tular di media sosial di mana seorang lelaki dikatakan tidak memakai pelitup mulut serta memakai gelang pengawasan merah jambu ketika mengisi minyak kereta di sini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Zaiham Mohd Kahar berkata, gambar lelaki berkenaan tular semalam.

"Siasatan awal mendapati lelaki berusia 25 tahun itu dalam perjalanan ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bentong untuk memotong gelang pengawasan berwarna merah jambu itu," katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun, kereta lelaki terbabit kehabisan minyak dan dia terpaksa mengisi minyak terlebih dahulu dan gelagatnya sempat dirakam oleh orang awam dan di sebarkan di media sosial.

Katanya, laporan polis dibuat ke atas lelaki terbabit kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam berdasarkan gambar yang tular.

Disiarkan pada: June 24, 2021 @ 8:34am
d