mutakhir

BPR RM500 dibayar mulai esok

Kuala Lumpur: Bayaran tambahan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sehingga RM500 seperti diperuntukkan menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) Tambahan akan disalurkan secara berperingkat mulai esok.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selain itu, BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara RM100 hingga RM1,400 akan dibayar pada September nanti.

Katanya, bayaran pada September juga akan membabitkan bayaran kes lulus rayuan BPR.

"Secara keseluruhan nilai BPR sehingga hujung tahun adalah RM4.9 bilion," katanya pada Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, sehingga hujung tahun ini kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai langsung kepada rakyat bernilai RM10 bilion yang turut merangkumi BPR.

Berita berkaitan:

Disiarkan pada: June 28, 2021 @ 5:37pm
d