mutakhir

Pemandu berang rakan potong barisan, nekad rempuh 3 kenderaan [METROTV]

Oleh Juwan Riduan

Kota Kinabalu: Berang dengan rakan yang memotong barisan untuk menunggu pelanggan didakwa menjadi punca seorang pemandu kereta Airport Limo nekad merempuh tiga kenderaan dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, lelaki berusia awal 60-an terbabit dikatakan bertindak demikian bagaimanapun bernasib baik ia tidak membabitkan kemalangan jiwa atau kecederaan.

Rakaman kejadian berdurasi hampir satu minit itu tular di laman sosial.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abd Rakman ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian untuk tindakan selanjutnya.

Disiarkan pada: July 19, 2021 @ 7:07pm
d