mutakhir

Ahli keluarga anggota TUDM maut ditembak dibawa ke HUS

Oleh Norsyazwani Nasri

Kota Samarahan: Ahli keluarga empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut dalam kejadian tembakan pagi tadi, dilihat berada di perkarangan kem bagi mengetahui perkembangan lanjut kes itu.

Bagaimanapun, mereka dibawa oleh pihak TUDM dipercayai ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak (HUS).

Pada jam 12.10 tengah hari, mayat tiga anggota terbabit dibawa keluar untuk proses bedah siasat di hospital.

Usaha media menemui ahli keluarga bagaimanapun belum berjaya berikutan kawalan ketat pihak TUDM di pintu masuk kem.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail sebelum ini dilaporkan berkata, kejadian berlaku di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM ketika masa serah tugas.

Beliau berkata, salah seorang anggota TUDM dipercayai menembak tiga rakannya sebelum menembak diri sendiri.

Dua mangsa maut serta-merta di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Jantung Kota Samarahan jam 9.15 pagi.

Berita berkaitan

'Nak hidup atau mati!'

Kes tembak: TUDM tubuh Lembaga Penyiasatan

Anggota TUDM tembak tiga rakan sebelum menembak diri sendiri

Disiarkan pada: August 13, 2021 @ 1:02pm
d