mutakhir

Kes tembak anggota TUDM: Motif kejadian masih dalam siasatan

Oleh Norsyazwani Nasri

Kuching: Motif dan punca seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menembak tiga rakannya di kem TUDM di sini hari ini, masih dalam siasatan polis.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Mancha Ata berkata, polis sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan saksi akan dipanggil untuk siasatan lanjut.

"Kejadian membabitkan empat anggota TUDM yang bertugas di Balai Pengawal.

"Setakat ini siasatan meliputi pengambilan sampel DNA, senjata, kesan tembakan dan kelongsong peluru.

"Ia akan dihantar ke pihak forensik dan Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Berita berkaitan

Kes anggota TUDM ditembak: Koperal Sharif pesan jangan tinggal solat

Polis dedah identiti anggota TUDM maut dalam kes tembakan

Ahli keluarga anggota TUDM maut ditembak dibawa ke HUS

'Nak hidup atau mati!'

Kes tembak: TUDM tubuh Lembaga Penyiasatan

Anggota TUDM tembak tiga rakan sebelum menembak diri sendiri

Disiarkan pada: August 13, 2021 @ 4:17pm
d