mutakhir

Ruang perubahan buat negara - Anwar

Oleh Saipul Adli Mohamad; Suraya Roslan dan Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan hari ini akan membuka ruang ke arah perubahan buat negara.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya menyambut baik tindakan itu dan menggesa semua pihak untuk bertenang dan berdoa supaya Malaysia kembali bangkit kuat dalam menghadapi tentangan kesihatan dan ekonomi ketika ini.

"Saya ucap terima kasih atas khidmat beliau pada negara," katanya menerusi Facebook hari ini.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Pengumuman itu dibuat selepas beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini, berhubung kedudukannya sebagai ketua kerajaan.

Disiarkan pada: August 16, 2021 @ 5:43pm
d