mutakhir

Tiada calon PM daripada Pejuang

Oleh Amir Abd Hamid dan Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kuala Lumpur: Empat Ahli Parlimen Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sudah menghantar akuan bersumpah kepada Istana Negara untuk nama calon Perdana Menteri kesembilan.

Ketua Penerangan Pejuang Ulya Aqamah Husamudin yang mengesahkannya berkata, ia dihantar pada 3.40 petang hari ini dan calon yang dinamakan bukanlah daripada parti itu.

Ketika ini, Ahli Dewan Rakyat mewakili Pejuang terdiri daripada Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad; Ahli Parlimen Jerlun Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Kubang Pasu Datuk Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Seri Gading Datuk Dr Sharuddin Mat Salleh.

Sebelum ini, Mukhriz yang juga Presiden Pejuang dilaporkan berkata parti itu akan menyokong sesiapa saja yang mempunyai majoriti untuk jawatan Perdana Menteri asalkan calon itu bukan daripada kluster mahkamah.

Ini kerana, katanya, memerangi rasuah menjadi prinsip utama parti itu.

Disiarkan pada: August 18, 2021 @ 5:38pm
d