mutakhir

Pikul amanah demi Keluarga Malaysia - KJ

Oleh Isma Ismail

Kuala Lumpur: "Insya-Allah, amanah yang sangat berat ini akan saya pikul dengan bersungguh demi Keluarga Malaysia".

Demikian komen Khairy Jamaluddin sebaik dilantik menjadi Menteri Kesihatan dalam barisan Kabinet baharu.

Khairy yang sebelum ini Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bertukar portfolio dengan Datuk Seri Dr Adham Baba.

"Terima kasih kepada YAB PM (Perdana Menteri), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan yang diberi," katanya dalam Facebook rasminya.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut menghargai kepercayaan diberikan Perdana Menteri untuk memegang portfolio kanan itu.

"Kepercayaan PM Ismail Sabri Yaakob untuk saya kembali menerajui Kementerian Pertahanan Malaysia amat dihargai.

"Sentiasa bangga dan berbesar hati untuk berkhidmat demi warga ATM (Angkatan Tentera Malaysia) yang sangat besar jasanya kepada negara.

"Insya-Allah, will do my utmost best (akan melakukan yang terbaik). Saya akan pikul amanah ini sebaiknya," katanya.

Disiarkan pada: August 27, 2021 @ 1:06pm
d