mutakhir

Brek 'buat hal', lori rempuh 7 kenderaan [METROTV]

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Sungai Buloh: Akibat mengalami masalah brek, sebuah lori hilang kawalan dan merempuh tujuh kenderaan lain yang berhenti menunggu lampu isyarat merah di Persiaran Bukit Rahman Putra 1, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima laporan pada 6.20 petang memaklumkan terdapat kemalangan membabitkan lapan kenderaan.

Menurutnya, kemalangan berlaku disebabkan sebuah lori mengalami masalah brek lalu hilang kawalan dan melanggar Honda Jazz, Perodua Myvi, lori, van, pacuan empat roda, perodua Axia dan Toyota Hiace.

"Kesemua mangsa terbabit tidak mengalami kecederaan dan hanya menyebabkan kerosakan.

"Siasatan di tempat kejadian mendapati jalan raya adalah sedikit selekoh menuruni bukit," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: September 9, 2021 @ 11:03pm
d