mutakhir

Dicekup khalwat di rumah nenek teman lelaki

Oleh Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Seorang wanita memberi alasan terpaksa menumpang di rumah nenek teman lelakinya kerana tiada tempat berteduh ketika dicekup berkhalwat oleh anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) malam tadi.

Dalam serbuan jam 11.30 malam itu, nenek lelaki berusia 30 tahun itu tiada di rumah dan hanya mereka berdua di dalam rumah berkenaan di sebuah kampung di Jalan Langgar, di sini.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jaik Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, hasil pemeriksaan dilakukan mendapati lelaki itu belum berkahwin manakala wanita itu janda beranak dua.

Beliau berkata, wanita itu yang berasal dari Kuala Kedah memberi alasan lari dari rumah dan tiada tempat berteduh kerana bimbang dicekup pihak berkuasa.

"Pasangan itu gagal menunjukkan sebarang bukti hubungan mahram atau suami isteri menyebabkan mereka dicekup kerana disyaki berkhalwat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Jenayah Syariah Kedah 2014 yang mana sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

Disiarkan pada: September 23, 2021 @ 6:55pm
d