mutakhir

2 anggota Maritim Johor maut akibat Covid-19 [METROTV]

Oleh Omar Ahmad

Johor Bahru: Dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri Johor meninggal dunia manakala 120 lagi akibat dijangkiti Covid-19 tahun ini.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Bintara Muda Maritim (M) Mohamad Poudzi Aziz, meninggal dunia pada 17 September lalu manakala Pegawai Waran II Maritim (M) Muhamat Nazri Othman meninggal dunia pada 16 Ogos lalu.

Katanya kedua-dua anggota yang berusia 55 tahun dijangkiti Covid-19 ketika melakukan tugasan operasi.

"Mohamad Poudzi telah berkhidmat selama 16 tahun manakala Muhamat Nazri pula sudah berkhidmat selama 15 tahun.

"Sejak pandemik Covid-19, seramai 120 anggota Maritim Johor disahkan positif Covid-19, tidak termasuk ahli keluarga mereka. Manakala jumlah anggota yang dikuarantin semuanya seramai 360 orang," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor, di sini, hari ini.

Menurut Nurul Hizam, anggota atau pegawai yang terbabit dalam operasi semuanya mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan termasuk membabitkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: September 26, 2021 @ 8:09pm
    d