mutakhir

Pastikan tiada pelajar tahfiz, sekolah pondok tercicir PICK Remaja [METROTV]

Oleh Balqis Jazimah Zahari

Ipoh: Pusat tahfiz dan pondok di negeri ini terutamanya yang tidak berdaftar diminta supaya segera menghubungi Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bagi urusan pendaftaran vaksin Covid-19 pelajar masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin berkata, kerajaan negeri mahu memastikan tiada mana-mana 10,000 pelajar institusi itu tercicir daripada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja.

"Ada 39 institusi agama tidak berdaftar di bawah JAIPk, jadi kami minta kerjasama pengetua sekolah supaya memberi kerjasama baik dan segera menghubungi JAIPk untuk proses pendaftaran vaksin.

"Kami selaraskan dengan bahagian pendidikan JAIPk walaupun pusat tahfiz tidak berdaftar," katanya selepas melawat Sekolah Izzudin Shah, Jalan Sultan Azlan Shah di sini yang terbabit Pick Remaja, hari ini.

Mohd Akmal berkata, secara keseluruhan terdapat 107 pusat tahfiz swasta dan Sekolah Menengah Agama Rakyat berdaftar di Perak dan 90 daripadanya sudah mendaftar untuk PICK, manakala selebihnya dalam permohonan.

Dalam pada itu, sehingga 26 September lalu, Pick Remaja di Perak dilaksana di 34 sekolah dengan 64,681 pelajar atau 27.3 peratus divaksin.

Perak merekodkan 237,200 remaja 12 hingga 17 tahun layak menerima vaksin Covid-19.

Disiarkan pada: September 28, 2021 @ 3:13pm
d