Kuala Lumpur: Satu lokaliti di Pahang ditamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti itu sebelum ini dikenakan PKPD pada 6 Oktober lalu.
"Selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung situasi di kawasan berkenaan, MKN memutuskan untuk menamatkan PKPD di lokaliti terbabit.
"Lokaliti yang ditamatkan ialah Ladang Bera Selatan 5 dan 7 di daerah Bera. Lokaliti berkenaan ditamatkan lebih awal seperti dijadualkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, tiada sebarang pelaksanaan PKPD dan pelanjutan PKPD di mana-mana lokaliti di negara hari ini.
"Orang ramai diminta untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya.