mutakhir

Lelaki ugut bunuh pekerja restoran sudah ditahan

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Lelaki yang menggugut untuk membunuh pekerja restoran di Taman Cheras, dekat sini, kelmarin sudah ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, suspek sudah ditahan dan akan direman hari ini bagi membantu siasatan.

Media semalam melaporkan seorang lelaki disyaki bertindak demikian selepas berang ditegur membuang air dan sampah dari tingkat atas kediaman sehingga terkena sebuah restoran di bawah.

Dalam kejadian 7 pagi di Taman Cheras kelmarin, suspek didakwa mengugut pekerja lelaki itu sambil memegang pisau pemotong sayur.

Hasil siasatan awal mendapati suspek dikatakan sering membuang sampah dan air dari tingkat unit kediaman yang disewanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: December 5, 2021 @ 11:15am
d