mutakhir

Polis siasat kes buli di asrama

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian buli membabitkan pelajar lelaki yang berlaku di sekolah berasrama di Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis mengesahkan kejadian itu berlaku di negeri ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Saya sahkan kejadian buli itu berlaku di negeri ini semalam dan kita baru sahaja menerima laporan mengenainya.

"Siasatan sudah dijalankan dan saya akan keluarkan kenyataan media nanti," katanya ketika dihubungi hari ini.

Harian Metro hari ini melaporkan pelajar lelaki sebuah sekolah berasrama di Perak menjadi mangsa buli sekumpulan pelajar lelaki sehingga tular di media sosial.

Menerusi beberapa klip video yang tular itu, dapat dilihat pelajar lain mengepung mangsa dan menumbuk perut pelajar lelaki itu sambil tertawa sesama mereka.

Berita berkaitan:

Disiarkan pada: December 10, 2021 @ 1:08pm
d