mutakhir

Waspada kemungkinan banjir di pantai timur, Johor

Oleh Nas Norziela Nasbah

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan berlaku luruan monsun pada 27 Disember sehingga 1 Januari 2022 yang berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Sabah, barat Sarawak dan negeri di pantai timur Semenanjung serta Johor.

Menurutnya, MetMalaysia turut menjangkakan sistem cuaca tekanan rendah di Laut Cina Selatan yang berpotensi menyebabkan hujan lebat di timur Sabah pada 27 sehingga 30 Disember, barat Sarawak (29-31 Disember) manakala Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan (30 Disember-1 Januari 2022).

"Angin kencang dan laut bergelora diramal berlaku di perairan Laut Cina Selatan termasuk kawasan perairan pantai timur Semenanjung pada hari ini sehingga 1 Januari 2022," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, orang awam yang merancang perjalanan ke kawasan berkenaan dinasihatkan sentiasa berwasapda dan peka dengan maklumat terkini.

Disiarkan pada: December 26, 2021 @ 1:16pm
d