mutakhir

UPNM sumbang 500 pek makanan, barang keperluan asas

Oleh Hajar Umira Md Zaki

Kuala Lumpur: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terus menyantuni mangsa banjir dengan menghulurkan 500 pek makanan serta barangan keperluan asas kepada keluarga yang terkesan di Segamat, Johor.

Sumbangan berkenaan disampaikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad kepada mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Telok Rimba, Tangkak, Johor, hari ini.

Hadir sama Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah.

UPNM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sentiasa peka mengenai isu kemasyarakatan yang berlaku terutama berkaitan dengan bencana yang melanda negara baru-baru ini.

Katanya, pihaknya berharap sumbangan diberikan serba sedikit dapat meringankan beban keluarga yang memerlukan.

Menurutnya, Misi Bantuan dan Sukarelawan Bencana Banjir 2022 itu membantu semua golongan tanpa mengira bangsa dan agama.

Disiarkan pada: January 6, 2022 @ 9:20pm
d