mutakhir

Warga emas parah digigit buaya

Oleh Juwan Riduan

Lahad Datu: Warga emas parah selepas diserang buaya ketika mencari lokan di sungai dekat Kampung Rancangan Silabukan, Peringkat 4, di sini semalam.

Kejadian berlaku pada 4 petang menyebabkan lelaki berusia 70 tahun itu parah di kaki, tangan dan perut.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, sebelum kejadian, mangsa mangsa bersama isteri dan lima rakan sekampung ke tepi sungai untuk mencari lokan.

Katanya, seekor buaya tiba-tiba muncul di tepi sungai itu dan terus membaham kaki mangsa terbabit.

"Dengan bantuan rakan dan isterinya, mangsa berjaya diselamatkan selepas mereka memukul kepala dan mata buaya berkenaan.

"Warga emas itu kemudian terus dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk mendapatkan rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, keadaan mangsa kini dilapor stabil dan beliau turut menasihati orang ramai agar menjaga keselamatan dan berwaspada dengan ancaman buaya ketika berada di sungai.

Disiarkan pada: January 12, 2022 @ 5:15pm
d