mutakhir

Kalimah Allah perlu dimuliakan

Oleh Muhammad Saufi Hassan

Kuala Lumpur: Mushaf al-Quran serta helaian yang mempunyai kalimah Allah SWT dan ayat al-Quran perlu dihormati serta dimuliakan dalam apa juga keadaan termasuk selepas proses pelupusannya.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah berkata, terdapat proses khusus untuk melupuskan al-Quran, malah abu daripada mushaf perlu sentiasa dijaga.

"Terdapat dua pandangan berhubung proses pelupusan al-Quran ini. Pendapat pertama daripada Mazhab Hanafi iaitu menggali tanah dan ditanam di dalamnya.

"Seperti pendapat ulama Hanafi, antaranya al-Haskafi yang menyatakan bahawa mushaf apabila berada pada keadaan yang mana kita tidak mampu membacanya lagi, hendaklah ditanam sebagaimana keadaan orang Islam yang mati.

"Pandangan kedua daripada Mazhab Maliki dan Syafie berpandangan berdasarkan tindakan Saidina Uthman yang memerintahkan dibakar mushaf yang lain berbeza dengan mushaf yang ditulis," katanya.

Luqman berkata, menerusi dua pandangan itu, beliau lebih cenderung untuk mengikuti hujah Mazhab Syafie dan Maliki yang memilih dengan cara membakar.

"Umat Islam yang mahu melakukan pelupusan al-Quran secara bersendirian perlu mengikuti tatacara yang sudah ditetapkan sekali gus memuliakan kesucian al-Quran itu," katanya.

Berita berkaitan:

Disiarkan pada: January 16, 2022 @ 4:20pm
d