mutakhir

Warga Indonesia miliki sisik tenggiling dipenjara, denda RM50.58 juta

Oleh Melvin Joni

Miri: Seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara satu tahun dan denda RM50.85 juta kerana memiliki 5,058 sisik tenggiling, menurut Sarawak Forestry Corporation (SFC).

Menerusi kenyataan, SFC berkata, Hakim Mahkamah Sesyen Mohd Taufik Mohd @ Mohd Yusoff menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh, Agus Tallasi, 32, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

"Dia didakwa mengikut Seksyen 29(2) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 kerana memiliki 4.95 kilogram sisik tenggiling di Niah, Miri pada jam 2.15 petang, 12 Januari lalu tanpa sebarang lesen atau kebenaran sah.

"Tertuduh akan dirujuk kepada Jabatan imigresen Malaysia untuk dihantar pulang selepas menjalani hukuman," katanya hari ini.

SFC menyatakan penghargaan kepada orang ramai dan agensi penguatkuasaan lain atas sokongan berterusan dalam memerangi jenayah hidupan liar di Sarawak.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pihak yang menangkap, memburu, berniaga atau memelihara hidupan liar yang dilindungi boleh menghubungi SFC di 019-8859996 (Kuching), 019-8883561 (Sibu), 019-8332737 (Bintulu) atau 019- 8290994 (Miri).

Disiarkan pada: January 19, 2022 @ 5:51pm
d