mutakhir

Berarak di Jalan Bangsar sahaja

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Pasukan Unit Tempur Ringan (LFS) dilihat membuat halangan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Bangsar menuju ke Brickfields, di sini, bagi menghalang perarakan peserta perhimpunan #TangkapAzamBaki daripada terus berarak.

Difahamkan pihak penganjur berunding dengan pihak polis untuk terus berarak sehingga ke Masjid Negara.

Antara individu yang dilihat hadir adalah aktivis, Adam Adli Abdul Halim dan Ahli Parlimen Seputeh, Theresa Kok.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor memaklumkan kepada penganjur bahawa peserta perhimpunan hanya dibenarkan berarak di sepanjang Jalan Bangsar dan tidak membenarkan meneruskan perjalanan ke Masjid Negara.

Berita berkaitan:

Disiarkan pada: January 22, 2022 @ 12:17pm
d