mutakhir

Perdana Menteri ziarah Dr Mahathir [METROTV]

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menziarahi Tun Dr Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara (IJN), petang tadi.

Ismail Sabri yang menaiki Toyota Vellfire tiba jam 5.33 petang sebelum menuju ke bahagian belakang pusat rawatan yang dikawal ketat oleh polis.

Beliau menerusi hantaran di Facebook memaklumkan menziarahi Dr Mahathir dan bertemu Tun Dr Siti Hasmah serta Tan Sri Mokhzani Mahathir.

"Saya bertemu dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di IJN tadi dan berharap keluarga Tun Dr Mahathir terus tabah serta tak henti berdoa," tulisnya.

Sebelum itu, kenderaan Istana Negara turut dikatakan dilihat memasuki institut berkenaan dipercayai bagi tujuan sama.

Sehingga kini wakil media masih berkumpul di pekarangan IJN dan dilarang memasuki pusat itu bagi mengikuti dekat perkembangan Dr Mahathir.

Terdahulu, jurucakap pejabat Dr Mahathir mengesahkan bekas Perdana Menteri itu dirawat di Unit Penjagaan Koronari (CCU), IJN.

Disiarkan pada: January 22, 2022 @ 6:23pm
d