mutakhir

Dr Mahathir stabil - Marina [METROTV]

Oleh Amir Abd Hamid

Kuala Lumpur: Anak perempuan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datin Paduka Marina Mahathir menjelaskan bapanya dalam keadaan stabil.

"Sejak dua hari yang lepas, Tun Dr Mahathir Mohamad dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) lanjutan prosedur elektif yang berjaya dilaksanakan pada 8 Januari 2022.

"Keadaan beliau kini stabil dan memberi respon yang baik kepada rawatan. Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta keluarga memohon agar rakyat mendoakan supaya beliau segera sembuh sepenuhnya," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sehingga kini wakil media masih berkumpul di pekarangan IJN dan dilarang memasuki pusat itu bagi mengikuti dekat perkembangan Dr Mahathir.

Terdahulu, jurucakap pejabat Dr Mahathir mengesahkan bekas Perdana Menteri itu dirawat di Unit Penjagaan Koronari (CCU), IJN.

Disiarkan pada: January 22, 2022 @ 7:10pm
d