mutakhir

Kantoi curi pakaian dalam wanita

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Seorang lelaki kurang upaya yang mengalami masalah pendengaran ditahan selepas disyaki mencuri pakaian dalam pelajar perempuan di sebuah universiti awam di Kuala Nerus semalam.

Suspek berusia 37 tahun itu ditahan di lokasi berkenaan kira-kira jam 7 malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, perbuatan suspek itu terbongkar selepas beberapa pelajar perempuan mengesan kelibat lelaki berlegar-legar di sekitar bangunan asrama siswi sebelum menghubungi polis.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing juga mendapati suspek bebas daripada pengaruh dadah.

"Suspek direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379, Kanun Keseksaan (KK) kerana mencuri dan Seksyen 447 KK kerana menceroboh," katanya.

Terdahulu, video berdurasi lapan saat yang memaparkan seorang lelaki berlegar di kawasan ampaian asrama wanita sebuah institusi pengajian tinggi.

Disiarkan pada: January 25, 2022 @ 4:18pm
d