mutakhir

Pemandu lalok akan direman selepas rawatan

Oleh RoselanAb Malek

Bentong: Pemandu lelaki berusia 44 tahun yang didapati positif dadah selepas terbabit dalam kemalangan mengorbankan empat sekeluarga dalam kejadian di Kilometer (KM) 2 Jalan Lebu ke Mempaga berhampiran susur ke Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) di sini, akan ditahan reman.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, suspek akan direman untuk siasatan lanjut selepas selesai menjalani rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), di Temerloh.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pihak polis dalam kenderaan dinaiki suspek turut menemukan satu tiub straw lutsinar berisi syabu dan mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan dadah.

Untuk rekod, kemalangan dilaporkan berlaku jam 2.30 petang itu mengorbankan Raihan Mohamad, 43, seorang suri rumah dan tiga anaknya iaitu Ahda Dalili Mohd Nazri, 14; Ahmad Muaz, 7, dan Ahda Imtinan, 4.

Harian Metro semalam melaporkan, hasrat satu keluarga yang mahu menghadiri majlis perkahwinan di Kuala Lumpur berakhir tragedi apabila empat daripadanya termasuk tiga kanak-kanak maut selepas kenderaan mereka dirempuh dengan pacuan empat roda.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang dinaiki keluarga dari Gua Musang itu mahu Kuala Lumpur dirempuh pacuan empat roda Nissan Navara.

Berita berkaitan:

  • 4 sekeluarga ke majlis perkahwinan maut dirempuh pemandu 'lalok'
  • Disiarkan pada: January 29, 2022 @ 11:15am
    d