mutakhir

Siasat dakwaan harimau muncul di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

Oleh BERNAMA

Ipoh: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak sedang menyiasat dakwaan terdapat harimau belang yang berkeliaran di kawasan semak berhampiran Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini baru-baru ini.

Pengarahnya Yusof Shariff berkata, pihaknya menghantar Unit Harimau ke lokasi berkenaan untuk tindakan lanjut.

"Siasatan sedang dijalankan selepas pihak kami mengesan video tular pada kira-kira 10 malam tadi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Video berdurasi 17 saat itu tular menerusi aplikasi TikTok menunjukkan seekor harimau berjalan di celahan semak samun di kawasan berbukit.

Pemilik media sosial itu turut mendakwa lokasi terbabit ialah selepas Cafe Banjaran yang terletak berhampiran kawasan rehat dan rawat serta meminta orang ramai berhati-hati.

Disiarkan pada: February 5, 2022 @ 12:39pm
d