mutakhir

Anak bongsu Khairy terima suntikan vaksin hari ini [METROTV]

Oleh Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Anak bongsu kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin selamat menerima vaksinasi dos pertama di World Trade Centre (WTC) di sini, hari ini.

Berkongsi perkara itu di Twitter, Raif, 6, selesai divaksinasi menerusi Program Imuninasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids).

"Alhamdulillah selesai vaksinasi dos pertama untuk anak bongsu saya Raif di wtcklofficial.

"Rasa lega beliau dapat perlindungan dari Covid-19. Daftar anak anda untuk PICKids," tulisnya menerusi satu ciapan yang disertakan dua gambar Raif.

Menerusi satu video yang diambil sendiri oleh Khairy, Raif dilihat tenang menerima suntikan vaksin sambil tangannya dipegang ibunya, Nori Abdullah.

Sebelum ini, Khairy mengesahkan sudah membuat tempahan untuk suntikan vaksin bagi anaknya itu.

"Saya sendiri buat tempahan untuk anak saya. Ini bagi menjawab tohmahan yang kata saya tak vaksin, malah anak pun tak vaksin.

"Anak saya berusia enam tahun akan divaksin dan Insya-Allah saya harap yang lain juga akan buat tempahan kepada anak-anak mereka," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 13, 2022 @ 7:31pm
    d