mutakhir

Bergaduh: Pemilik kedai maut dikelar pada leher

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Serdang: Pemilik kedai menjual peralatan rumah dan pejabat maut dikelar dalam kejadian pergaduhan di Serdang Perdana, Seri Kembangan di sini, malam ini.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, wanita berusia 29 tahun ditemukan dengan keadaan berlumuran darah di dalam premis perniagaan miliknya.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, polis menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mengatakan ada kejadian pergaduhan.

"Siasatan awal di lokasi mendapati mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dengan kesan kelar di leher.

"Mangsa dipercayai pemilik kedai di mana berlakunya kejadian pergaduhan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

"Polis sedang mengenal pasti suspek dan motif pembunuhan masih dalam siasatan," katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan:

Disiarkan pada: February 20, 2022 @ 12:29am
d