mutakhir

MUDA umum 3 lagi calon PRN Johor

Oleh Ahmad Ismail.

Labis: MUDA hari ini mengumumkan tiga lagi calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Parti itu memperkenalkan Lim Wei Jit, 31, yang juga ahli jawatankuasa Pusat MUDA bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N05 Tenang dan Nurafiqah M Zulkifli, 31, yang juga ahli jawatankuasa Pusat MUDA bagi kerusi N07 DUN Bukit Kepong.

Sementara itu, Pengerusi MUDA Johor Azrul Rahani, 41, dipilih sebagai calon DUN N50 Bukit Permai.

Kesemua calon berkenaan diumum Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN Johor diadakan pada 12 Mac ini dengan hari mengundi awal pada 8 Mac manakala penamaan calon pada 26 Februari ini.

Disiarkan pada: February 21, 2022 @ 3:20pm
d