mutakhir

Bukan berlaku di Pelabuhan Klang

Oleh Ruwaida Md Zain

Pelabuhan Klang: Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) menafikan beberapa kontena di kawasan pelabuhan tumbang susulan gempa bumi di Sumatera, Indonesia, pagi tadi.

Pengurus Besar LPK, Kapt K Subramaniam berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung dakwaan video yang tular di media sosial sejak beberapa jam lalu.

"Susulan kejadian gempa bumi di Sumatera pagi tadi, satu klip video kontena tumbang tersebar di media sosial dan dikaitkan dengan Pelabuhan Klang.

"LPK mengesahkan bahawa insiden berkenaan tidak berlaku di mana-mana terminal di Pelabuhan Klang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial satu video berdurasi 25 saat menunjukkan keadaan beberapa kontena yang disusun enam lapisan tumbang satu persatu.

Rakaman video dalam keadaan gegaran itu didakwa berlaku di Pelabuhan Klang.

Bagaimanapun, satu tangkap layar turut tersebar menjelaskan kejadian itu berlaku di Pelabuhan Rotterdam, Belanda pada 18 Februari lalu susulan angin kencang.

Disiarkan pada: February 25, 2022 @ 5:28pm
d