mutakhir

Maut terjun pangsapuri

Oleh Ruwaida Md Zain

Shah Alam: Seorang lelaki maut dipercayai terjun dari sebuah pangsapuri di Seksyen U13, Setia Alam, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan mendapati mangsa berumur 20-an yang belum diketahui identiti itu memakai baju-T hitam dan seluar pendek berwarna biru gelap.

Menurutnya, kejadian terbabit dipercayai berlaku jam 4.20 petang tadi.

"Mangsa dipercayai meninggal dunia selepas jatuh daripada pangsapuri tetapi tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.

"Siasatan awal mendapati tiada sebarang bukti menunjukkan mangsa dibunuh.

"Mangsa disyaki terjun dari bangunan Blok B pangsapuri tetapi belum dapat dipastikan dari tingkat berapa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baharudin berkata, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Ahsanullah Andok di talian 03-55202222.

Disiarkan pada: February 27, 2022 @ 11:28pm
d