mutakhir

Dr Yuserrie dilantik Naib Canselor UMP

Oleh Asrol Awang

Kuantan: Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Pahang (UMP) Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin dilantik sebagai Naib Canselor UMP kelima berkuat kuasa hari ini.

Dr Yuserrie, 60, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia (USM) sebelum menyambung pengajian dalam bidang Perdagangan di University of Wollongong, Australia pada 1992.

Beliau juga memiliki Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1997.

Dr Yuserrie yang menjalankan fungsi Naib Canselor sejak 29 Ogos tahun lalu juga mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan apabila dilantik selama 11 tahun sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).

Ini menjadikan aktiviti kesukarelawanan menjadi agenda penting universiti dalam melahirkan pelajar berketerampilan dan warga UMP yang prihatin seiring dengan slogan UMP 'Teknologi untuk Masyarakat'.

Beliau yang mula berkhidmat di UMP pada 2009 juga pernah memegang jawatan sebagai Dekan Institut Pengajian Siswazah (IPS) pada 2010.

Sebelum itu, Dr Yuserrie berkhidmat selama 11 tahun di USM.

"Saya mengharapkan warga UMP dapat bersama-sama menjalankan aktiviti yang dirancangk untuk memastikan Pelan Strategik UMP 2021-2025 dapat dilaksanakan dan dicapai dengan baik," katanya ketika hadir di Bangunan Canseleri Tun Abdul Razak, UMP Pekan, di sini, hari ini.

Ketibaan beliau disambut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Kamal Zuhairi Zamli, Pendaftar/Ketua Pegawai Operasi, Hazmin Aris dan Bendahari, Zainuddin Othman.

Disiarkan pada: March 1, 2022 @ 6:06pm
d