mutakhir

20 kucing ditemukan mati

Oleh Nurul Fatihah Sulaini

Besut: Seorang pengunjung Pantai Bukit Keluang, di sini, terkejut apabila melihat menemui bangkai 20 kucing bergelimpangan disyaki diracun, jam 9.30 pagi tadi.

Roshanafi Osman, 39, berkata, sebelum ini menjadi rutin dia dan keluarga singgah di kawasan pantai itu untuk bersiar-siar.

"Satu laporan polis sudah dibuat jam 3.30 petang tadi.

"Tindakan itu bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian.

"Tujuh daripada jumlah keseluruhan kucing itu masih kecil. Bangkai dijumpai bersama beberapa ekor kucing peliharaan kerana mempunyai tali leher," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, seorang rakannya yang sering memberi makan kucing itu sejak sekian lama memberitahu sebelum ini semua haiwan berkenaan dalam keadaan sihat.

"Saya bersama keluarga serta rakan membantu mengutip bangkai kucing untuk ditanam dalam satu lubang.

"Petang ini pihak veterinar meminta saya menunjukkan lokasi bangkai ditanam dan menggali semula untuk bedah siasat punca kematian," katanya.

Katanya, kejadian itu juga turut mengundang simpati ramai pihak yang kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab.

Disiarkan pada: March 6, 2022 @ 5:34pm
d