mutakhir

Noir mula jadi sebutan

Kuala Lumpur: Selesai Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) malam kelmarin, jenama Noir Health & Beauty (Noir) selaku penaja utama acara berprestij itu mula meniti di bibir masyarakat.

Warna rasmi Noir iaitu ungu menjadi warna rasmi yang menghiasi karpet merah, pentas dan pakaian digayakan beberapa penyanyi dan pengacara.

Pengasasnya, Eriyca Baiduri atau mesra disapa Madammu berkata, penajaan untuk acara gilang gemilang seperti AJL36 bukanlah satu peluang yang mudah untuk dikecapi.

"Ini kali pertama saya menaja satu acara besar dan berprestij seperti AJL36. Bukan senang untuk menaja satu acara besar sebegini kerana syarikat kecil seperti kami perlu bersaing dengan jenama korporat yang lain.

"Namun, saya bersyukur kerana impaknya kini mula dirasakan selepas penajaan yang bermula dengan siri Jelajah Noir AJL36 yang berlangsung sebelum ini," katanya.

Berkongsi mengenai siri jelajah yang berlangsung di seluruh Semenanjung Malaysia itu, Madammu berkata, itu menjadi platform untuknya memperluaskan lagi jenama dan produknya.

"Alhamdulillah, kami sudah ke beberapa lokasi dan banyak berinteraksi dengan pengguna-pengguna kami di luar Lembah Klang. Selain mendekati pengikut-pengikut Noir, kami juga edarkan hadiah percuma.

"Selain itu, apa yang boleh saya simpulkan adalah penajaan AJL36 ini juga memudahkan peniaga-peniaga kami untuk memperkenal serta menjual produk mereka," katanya.

Di AJL36, Noir turut menaja pakaian untuk beberapa selebriti. Antaranya Dayang Nurfaizah yang turut menyampaikan lagu tema Noir, Nabila Huda, Noraniza Idris, Bunga, Aina Abdul dan Sissy Imann.

"Selain itu, kami turut menaja hadiah wang tunai bernilai RM18,000 kepada pemenang untuk kategori Persembahan Terbaik yang dimenangi lagu Cinta nyanyian Marsha Milan," katanya.

Berkongsi mengenai produk yang dikeluarkan Noir, ia tidak hanya terhad kepada produk kosmetik semata-mata, tetapi juga produk kesihatan.

"Produk utama yang kita sedang hebahkan adalah Noir Beauty Essence. Ia adalah produk paling laris daripada kami. Banyak testimoni daripada pengguna yang menunjukkan keberkesanan produk ini.

"Apa yang menarik, produk ini dihasilkan dengan menggunakan bahan premium seperti yis beras dan ekstrak witch hazel yang diformulasi khas untuk kulit orang Asia dan sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita.

"Selain Noir Beauty Essence, kami juga ada mengeluarkan produk kecantikan dan penjagaan wajah premium yang lain seperti Malachite Crystal Cleanser, Sheet Mask, dan produk makanan tambahan Noir Pure White," katanya.

Selain produk, Noir juga bertindak sebagai platform untuk golongan wanita menjana pendapat menerusi beberapa program yang dianjurkan.

"Kami membuka peluang kepada wanita tidak kiralah sama ada anda suri rumah atau bekerja, untuk menyertai Noir dengan modal bermula serendah RM159 saja.

"Dari situ, kami akan sediakan modul dan bimbingan dari kosong sehingga berjaya. Setakat ini, kami ada kira-kira 30,000 usahawan yang berdaftar di seluruh negara," katanya.

Noir juga kini menjalankan peraduan Cantik dan Menang Noir yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM100,000.

"Untuk peraduan ini, caranya mudah saja, anda hanya perlu layari laman web www.noir.my dan patuhi segala Terma & Syarat yang telah digariskan.

"Setiap bulan, akan diadakan cabutan bertuah dan pemenang bulanan akan membawa pulang hadiah berjumlah RM10,000," katanya.

Disiarkan pada: March 8, 2022 @ 1:10pm
d