mutakhir

Hampir 16,000 bungkusan sehari, Ninja Van Malaysia bantu kembangkan perniagaan Eskayvie!

Oleh Nurshafika Suhaimi

Kuala Lumpur : Sejak penularan wabak pandemik COVID-19 pada tahun 2019, permintaan terhadap produk kesihatan dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin tinggi.

Antaranya, syarikat Bumiputera sepenuhnya, Eskayvie Sdn Bhd yang menunjukkan peningkatan luar biasa terhadap permintaan produk berkualiti keluaran mereka sejak akhir-akhir ini.

Trend peningkatan mendadak terhadap platform perniagaan atas talian menjadikan pembekal kurier swasta Ninja Van Malaysia terpaksa menambah kapasiti logistik mereka.

Usaha ini dilakukan bagi menyokong perkembangan banyak syarikat yang memerlukan perkhidmatan logistik bagi proses penghantaran produk kepada pelanggan dengan lebih cepat, selamat dan sistematik.

Bahkan, Ninja Van Malaysia turut menyediakan pilihan COD (cash on delivery) untuk pelanggan, sekali gus membantu Eskayvie menjangkau pelanggan mereka lebih luas.

Sehingga kini, Eskayvie memerlukan perkhidmatan penghantaran sekurang-kurangnya 16,000 bungkusan setiap hari.

Ketua Pegawai Eksekutif Ninja Van Malaysia, Adzim Halim berkata, permintaan mendadak tersebut mendorong pihak Ninja Van Malaysia menyediakan dua penghantaran sehari untuk pengambilan bungkusan dari gudang Eskayvie.

"Sehingga hari ini, secara konsisten kami menyediakan dua buah lori pada waktu pagi dan tiga buah lori lagi pada waktu malam bagi memastikan setiap produk Eskayvie dapat dihantar kepada pelanggan dengan kadar segera."

Kerjasama antara Eskayvie dan Ninja Van Malaysia telah bermula sejak tahun 2019.

Pada 2021, Eskayvie Diffenz menerima banyak pesanan dalam talian kerana telah membantu masyarakat Malaysia yang terkesan akibat jangkitan wabak di musim pandemik ini.

Bagaimanapun, situasi ini tidak menjejaskan tahap kualiti penghantaran kerana pihak Ninja Van Malaysia sebagai rakan kongsi kurier terbaik mampu mengekalkan tahap kecemerlangan operasi yang konsisten dalam situasi sukar, COVID-19.

Dalam pada itu, Adzim Halim berkata, pihak Ninja Van Malaysia juga akan sentiasa komited dalam memastikan setiap pesanan pelanggan Eskayvie sampai tepat pada waktunya bagi memastikan kepuasan pelanggan Eskayvie sentiasa berada di tahap yang memuaskan.

Bahkan, Ninja Van Malaysia turut dilengkapi dengan sistem pengesanan (Tracking System) yang sistematik bagi memudahkan pelanggan mengesan tempahan mereka selain menawarkan perkhidmatan penghantaran yang pantas dan dipercayai.

Ketua Pegawai Pemasaran Eskayvie, Aizzuan Mohamad Ali 

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran Eskayvie, Aizzuan Mohamad Ali ketika dihubungi berkata, cabaran dihadapi oleh syarikat sebelum ini adalah kerana kurang mempunyai syarikat kurier yang boleh membantu bagi urusan pengambilan dan penghantaran yang fleksibel. 

"Produk semakin mendapat permintaan ramai bertepatan dengan situasi pandemik semasa COVID-19 menuju endemik.

"Oleh itu, perkhidmatan penghantaran yang pantas serta boleh dipercayai adalah penting untuk syarikat terus berkembang." katanya

"Pada masa ini, Ninja Van Malaysia telah membantu kami menghantar lebih 12 ribu bungkusan setiap hari secara fleksibel iaitu enam kali pada waktu tengah hari dan malam dengan lori tiga tan." katanya.

Pihak syarikat Eskayvie juga dalam perbincangan bagi mengadakan kolaborasi strategik bersama Ninja Van Malaysia bagi pasaran Indonesia.

"Kami percaya kerjasama dengan syarikat seperti Ninja Van Malaysia yang mempunyai kehadiran kukuh dalam pasaran SEA membolehkan kami membawa perniagaan kami ke peringkat seterusnya.

Dijangka Eskayvie akan aktif beroperasi di sana bermula suku ketiga tahun ini.

Terdahulu, syarikat berstatus 100 peratus Bumiputera ini telah dianugerahkan Platinum Shipper selaku rakan kolaborasi strategik premier Ninja Van Malaysia.

Disiarkan pada: March 24, 2022 @ 4:26pm
d