mutakhir

Lelaki sempat keluar Volkswagen GT dipandu tiba-tiba terbakar

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Sungai Buloh: Seorang lelaki sempat keluar daripada Volkswagen GT dipandu yang tiba-tiba terbakar pada kejadian di Kilometer 453, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) menghala Sungai Buloh di sini, hari ini.

Pemandu berusia 44 tahun terbabit keluar menyelamatkan diri sebaik melihat asap daripada bahagian depan kereta.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran jam 12.52 tengah hari.

"Sebuah jentera dengan kekuatan lima pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi.

"Pemandu dapat keluar dan menyelamatkan diri sebaik mendapati asap keluar daripada panel hadapan kereta," katanya pada kenyataan.

Hafisham berkata, pihaknya dapat memadamkan kebakaran dan tahap kemusnahan dianggarkan kira-kira 80 peratus.

Disiarkan pada: March 26, 2022 @ 4:44pm
d