mutakhir

Poster palsu lah...

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan kesahihan poster berhubung 'Bantuan Warga Emas one-off sehingga RM500' seperti yang sedang tular dalam media sosial.

JKM, melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) hari ini menegaskan bahawa poster tular itu adalah palsu.

Orang ramai disaran merujuk laman sesawang JKM menerusi www.jkm.gov.my untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat.

Orang ramai juga dinasihat tidak mudah mempercayai maklumat palsu sebaliknya menjadi warga digital yang bijak dan bertanggungjawab dengan membuat semakan terlebih dahulu dan merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini.

Disiarkan pada: April 13, 2022 @ 1:36pm
d