mutakhir

Peniaga mi viral diberikan notis

Oleh Samadi Ahmad

Putrajaya: Peniaga mi di Bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 di sini yang dikatakan jualannya laris sehingga tular di media sosial sudah dikenakan notis amaran selepas didapati gagal memastikan kebersihan di kawasan tapak menjaja.

Pengarah Bahagian Kesihatan Persekitaran Jabatan Perkhidmatan Bandar Perbadanan Putrajaya (PPj) Dr Mohd Helmi Abdul Hamid dalam kenyataannya hari ini berkata, peniaga itu diberikan notis mengikut UUK 30(1)(c), Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (Putrajaya) 2016.

Beliau berkata, notis dikeluarkan pihaknya ketika pemantauan dan pemeriksaan seluruh gerai di Bazar Ramadan itu semalam.

Semalam, tular rakaman video di media sosial dikongsikan pembeli di gerai itu memaparkan mi dibeli bersama sotong mengandungi ulat.

Disiarkan pada: April 15, 2022 @ 3:14pm
d