mutakhir

Ciri baharu Lumi News memudahkan orang ramai dapatkan berita terkini

Oleh Farah Izureen Izhar

APLIKASI Lumi News Malaysia yang dilancarkan tahun lalu memperkenalkan ciri baharu 'Lumi News Stack' yang membolehkan pengguna untuk sentiasa mengikuti berita-berita dan info on semasa dengan cepat serta mudah.

Lumi News Stack merupakan kompilasi artikel yang 'mesti-dibaca' untuk topik-topik tertentu serta dipersembahkan dalam hanya satu feed yang boleh ditatal oleh pengguna.

Artikel-artikel tersebut telah dipilih daripada pelbagai media, khas oleh Lumi agar semua orang boleh membaca dan berkongsi artikel yang penting mengenai sesuatu topik hangat.

Antara manfaat membaca artikel-artikel melalui Lumi News Stacks adalah terdapat artikel daripada lebih 45 media di dalam satu feed dan pengguna tidak akan terlepas berita-berita penting serta boleh kongsi artikel terus ke pelbagai platform, termasuk WhatsApp.

Selain daripada itu, Lumi News juga memperkenalkan topik-topik yang relevan sepanjang bulan Ramadan seperti 'Addin' (artikel Islamik), 'Resipi' (idea memasak untuk berbuka puasa) dan 'Promo' (bagi mendapatkan diskaun berbaloi ketika membeli baju raya).

Melalui Lumi News, pengguna juga boleh memasang notifikasi untuk mendapatkan berita Harian Metro yang trending apabila mereka 'ikuti' media tersebut.

Disiarkan pada: April 20, 2022 @ 3:37pm
d